Kehidupan awal dan pendidikan Suhaimi Saad

Beliau dilahirkan pada hari Ahad 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400. Arwah ibunya berasal dari Kodiang manakala arwah bapanya berasal dari Tunjang, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak kelima daripada enam beradik.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi, Triang (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1998). Beliau kemudiannya menyambung pendidikan peringkat ijazahnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab.[1]

Suhaimi merupakan pelopor dalam bidang persekolahan rumah (home schooling). Ini dapat dilihat apabila beliau nekad tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal.

Sebaliknya anak anak beliau diajar membaca,menulis dan mengira dan asas Al Quran oleh beliau sendiri di rumah sebelum menghantar mereka ke madrasah tahfiz.